Harap maaf, penyertaan telah di tutup.
Memasak – Riuh Rewang
Tarikh: 27 Julai 2025
Masa: 9AM – 2PM
10 KUMPULAN
SETIAP KUMPULAN DIWAKILI 5 PESERTA
Syarat Penyertaan:
- Setiap Kumpulan perlu menyediakan dua jenis hidangan/menu untuk 20 orang juri awam & 3 juri utama
- MENU LAUK UTAMA / MAIN DISH
- MENU LAUK IRINGAN / SIDE DISH
NOTA:Â SETIAP KUMPULAN PERLU MEMBERI TEMA DAN NAMA HIDANGAN REWANG.
CTH: TEMA HIDANGAN NEGARA MUSIM SEJUK :Â MENU: AYAM GORENG KOREA BAWANG.
- Setiap Kumpulan akan menerima wang tunai RM300 untuk membeli bahan-bahan mentah dan keperluan memasak bagi kedua-dua menu.
- Kesemua peralatan untuk menghidang dan keperluan dekorasi hidangan perlu disediakan oleh peserta.
(contoh : Pinggan, mangkuk, alas meja, gelas, cawan, sudu, bunga) - Peserta perlu menyediakan satu set hidangan untuk sesi penjurian oleh 3 juri professional dan
20 hidangan/ pack untuk diberi kepada orang ramai. - Pihak penganjur hanya akan menyediakan Gas memasak, Kuali Besar, Tungku, Sudip/Sudip kayu /Pengacau.
Sebarang keperluan lain perlu dibawa sendiri oleh peserta. (Contoh: periuk, mangkuk, besen plastik, besen tapis)
- Keseluruhan masa yang ditetapkan adalah 2 jam : Penyediaan bahan, memasak dan menghidang.
Penjurian akan diberi kepada dua kategori:
- JURI PROFESIONAL – 70%
- JURI AWAM – pengunjung -30%
Pemarkahan Juri Profesional
- RASA – 40%
- KERJASAMA – 20%
- KEBERSIHAN – 15%
- KREATIVITI – 15%
- PERSEMBAHAN/DEKORASI – 10%
Pemarkahan Juri Awam
- RASA: 70%
- PERSEMBAHAN HIDANGAN: 30%
- Peserta wajib memakai apron dan menjaga kebersihan tempat memasak dan
persekitaran tempat memasak sepanjang masa. - Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima.
- Sebarang perubahan tertakluk kepada keputusan pihak penganjur.
Aturcara:
9.00am : Pendaftaran peserta
9.30am : Taklimat Akhir/Final Briefing
10.00am: Rewang Bermula
12.00t/h: Rewang Berakhir
12.15pm: Sesi Penjurian Bermula
12.45pm: Pengiraan markah, perbincangan juri & penganjur
1.00pm :Â Penyampaian HadiahÂ
2.30pm: Â Majlis tamat.