
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara hands-on tentang dunia penyiaran – termasuk pengacaraan, teknik rakaman, penulisan skrip, suntingan video dan produksi berita.
Dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman dari industri media!
Manfaat untuk pelajar:
Meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi
Belajar teknik media & penyiaran secara profesional
Peluang eksplorasi kerjaya dalam bidang media
Aktiviti praktikal & interaktif sepanjang program
Aturcara Program
29 April 2025 Hari Pertama
9.00 pagi – Pendaftaran & sarapan pagi
9.30 pagi -Taklimat program & Ice Breaking
10.00 pagi – Pengenalan
11.00 pagi – Bengkel Asas Penyiaran (kamera, audio, pencahayaan)
1.00 petang – Makan tengah hari & solat
2.30 petang – Latihan praktikal ( Pengendali peralatan siaran bersama Sinar Harian, Sinar Bestari, Sinar Plus, Sinar Daily, Grup Buku Podcast)
4.30 petang – Minum petang & Tamat hari pertama
30 April 2025 (Hari kedua)
9.00 pagi – Sarapan pagi
9.30 pagi – Persembahan hasil kerja kumpulan
11.00 pagi – Majlis Penutup dan penyampaian sijil serta photo group
12.30 tengah hari – Makan tengah hari dan sambutan ulang tahun Sinar Bestari ke-8
2.00 petang – Bersurai.