Soalan Lazim (FAQ) Studio Raya Karangkraf

Di manakah lokasi Studio Raya Karangkraf?

Studio Raya Karangkraf terletak di:
STUDIO F KUMPULAN KARANGKRAF
Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

5 Mac 2026 hingga 19 Mac 2026
 (Isnin hingga Jumaat sahaja, tidak termasuk Sabtu dan Ahad)
9.00 pagi hingga 5.00 petang

30 Mac 2026 hingga 10 April 2026
 (Isnin hingga Jumaat sahaja, tidak termasuk Sabtu dan Ahad)
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Walk-in tidak dibenarkan bagi memastikan kelancaran sesi photoshoot. Polisi ini terpakai kepada semua pihak termasuk staf Kumpulan Karangkraf sendiri.

Pelanggan hendaklah hadir pada tarikh yang telah ditempah dan disarankan tiba 15 minit lebih awal sebelum sesi bermula. Kami menggalakkan pelanggan bersiap dari rumah bagi memastikan sesi bermula tepat pada waktunya. Sekiranya berlaku kelewatan sehingga bertindih dengan slot pelanggan seterusnya, sesi anda akan dialihkan ke slot terakhir pada hari tersebut, tertakluk kepada kekosongan masa. Penukaran tarikh tidak dibenarkan dan sebarang pembatalan atau ketidakhadiran adalah tidak layak untuk bayaran balik (refund).

Maksimum 6 orang dibenarkan bagi setiap sesi dengan bayaran RM50.

  • Bayi berumur 12 bulan ke bawah tidak dikira dan tidak dikenakan caj
    • Lebihan dikenakan caj RM10 seorang (maksimum 4 orang tambahan sahaja)
    • Bayaran tambahan dibuat secara tunai di studio

Sekiranya photoshoot melibatkan lebih daripada satu keluarga, jumlah keseluruhan tidak boleh melebihi 10 orang dalam satu set. Jika melebihi had, jurugambar berhak meminta sebahagian individu keluar daripada set.

Kami menyediakan bilik persalinan dan berdandan bersebelahan studio. Nama pelanggan akan dipanggil mengikut waktu tempahan untuk masuk ke set photoshoot. Sebarang kelewatan akan menjejaskan sesi pelanggan seterusnya dan tempoh 15 minit sesi anda akan dikurangkan.

Sesi 15 minit dengan rakaman foto tanpa had sepanjang tempoh sesi.

Masa sesi adalah mencukupi sekiranya pelanggan telah bersiap sepenuhnya dari rumah dan mood anak-anak berada dalam keadaan baik. Kehadiran awal dan pematuhan masa tempahan amat digalakkan.

Tidak dibenarkan menukar dua persalinan dalam satu slot.Untuk persalinan tambahan, pelanggan perlu menempah slot berasingan.

Pakej photoshoot tidak merangkumi perkhidmatan cetakan dan frame. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak luar.

Softcopy gambar akan dihantar melalui pautan muat turun (link). Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR untuk mengakses dan memuat turun semua gambar.