Dikir Barat (10 sekolah)
Kategori:Â Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Tarikh:Â 26 Julai 2025
Masa:Â 8AM – 12PM
Lokasi:Â Pentas Utama
Syarat Penyertaan:
- Dikir Barat terbuka kepada sekolah rendah dan sekolah menengah
- Berkonsepkan Dikir Barat Kontemporari, mengikut kreativiti kumpulan masing-masing
- 1 sekolah 1 kumpulan sahaja
- Setiap pasukan 20-25 orang sahaja termasuk Tok Juara, Tukang Karut, Awak-awak dan pemuzik
- Setiap kumpulan WAJIB diiringi 2 orang guru.
- Semua kumpulan terdiri daripada murid sekolah yang didaftar sama ada sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dan sekolah swasta dari negeri Selangor
- Penyertaan mesti disahkan oleh Guru Besar/Pengetua
- Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama, politik dan tidak mengandungi unsur lucah
- Peralatan muzik adalah bebas tetapi perlu bersesuaian dengan Dikir Barat
- Peralatan muzik dan props dibawah tanggungjawab sendiri
- Susunan Awak-awak perlu dalam bentuk barisan
- Tema pakaian bebas dan bergantung kepada kreativiti masing-masing namun harus mengikut kod pakaian sopan dan bersesuaian
Mekanisme:
- Pertandingan adalah secara langsung (live)
- Setiap pasukan maksimum 15 minit persembahan termasuk persediaan
- Urutan giliran dimulakan secara undian
Tema dan Lirik:
- Tema bebas berunsur pendidikan, patriotik atau sosial
- WAJIB memasukkan perkataan SIANG dan MALAM dalam lirik
- Persembahan boleh disampaikan dalam pelbagai dialek atau Bahasa Melayu Baku
- Setiap kumpulan WAJIB menghantar lirik lagu kepada penganjur
Kriteria Markah Penjurian:
- Keaslian & Kreativiti – 15%
- Isi & Mesej Lagu – 20%
- Gaya persembahan – 10%
- Tok Juara – 15%
- Tukang Karut – 15%
- Awak-awak – 15%
- Etika & Disiplin – 10%
Pengadilan dan Pemenang:
3 orang juri professional
Hadiah:
- Tempat pertama: RM500 + trofi + sijil + hamper
- Tempat kedua: RM300 + trofi + sijil + hamper
- Tempat ketiga: RM200 + trofi + sijil + hamper
- Tempat keempat (saguhati): sijil + hamper
- Tempat kelima (saguhati): sijil + hamper
Jumlah sekolah terlibat: (10) = 200 peserta
Lain-lain:
- Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula
- Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan pertandingan
- Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur
- Keputusan hakim adalah muktamad