Koir (10 sekolah)
Kategori:Â Sekolah Menengah
Tarikh:Â 25 Julai 2025
Masa: 8AM -11AM
Lokasi: Pentas Utama Karangkraf
Syarat Penyertaan:
- Terbuka pelajarsekolah menengah
- 1 sekolah 1 pasukan sahaja
- Setiap pasukan hanya maksima20 – 40 orang sahaja
- Semua pasukan hanya pelajar sekolah yang didaftar
- Penyertaan mesti disahkan olehpengetua/guru
- Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik
- Harus mengikut kod pakaian sopan, bersih dan sesuai
- Masa persembahan tidak lebih 15 minit termasuk persediaan
- Keputusan hakim adalah muktamad
Mekanisme:
- Pertandingan adalah secara langsung (live)
- Setiap pasukan maksimum 15 minit persembahan
- Urutan giliran dimulakan dengan undian
- Koir boleh termasuk koir campuran (lelaki dan perempuan) atau koir lelaki dan koir perempuan sahaja
- Setiap kumpulan boleh mempersembahkan 2 buah lagu atau 1 lagu + 1 medley
(Lagu wajib: Bahasa Melayu dan lagu pilihan: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) - Lagu hendaklah yang tidak diharamkan di negara ini
- Hanya penggunaan 1 alat muzik sahaja dibenarkan termasuk piano/ keyboard
(tanpa auto-accompaniment)atau nyanyian acapella digalakkan. - Alat muzik hendaklah dimainkan secara live.
Tema dan Kandungan:
- Tema: Memartabatkan Bahasa Melayu
- Persembahan boleh disampaikan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
Kriteria Markah Penjurian:
- Harmoni – 25%
- Dinamik – 25%
- Intonasi & Sebutan – 20%
- Imbangan – 20%
- Attack/ Release – 10%
Pengadilan dan Pemenang:
3 orang juri profesional
Hadiah:
- Tempat pertama: RM500 + trofi + sijil + hamper
- Tempat kedua: RM300 + trofi + sijil + hamper
- Tempat ketiga: RM200 + trofi + sijil + hamper
- Tempat keempat: saguhati – sijil + hamper
- Tempat kelima: saguhati – sijil + hamper
- Anugerah Konduktor Terbaik: sijil dan hamper
Jumlah sekolah terlibat: 10 sekolah (400 pelajar)
Lain-lain:
- Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula
- Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur