Busking Jiwa Muda
Kategori: Sekolah Menengah
Tarikh: 27 Julai 2025
Masa: 9PM – 11PM
Lokasi:Pentas Utama
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, tiada had umur.
- Individu atau kumpulan (maksimum 5 orang setiap kumpulan).
- Terhad kepada 6 kumpulan sahaja untuk persembahan final.
- Muatnaik video persembahan di media sosial, dan sertakan link video di dalam borang penyertaan.
- Penilaian awal dan saringan berdasarkan video akan dibuat untuk penentuan kumpulan yang akan ke persembahan final.
- Tarikh tutup penyertaan ialah pada ahad 13 Julai 2025.
- Peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri.
- Sistem bunyi asas akan disediakan oleh pihak penganjur.
- Drum elektrik dan keyboard disediakan oleh pihak penganjur, dan peserta tidak dibenarkan menggunakan alatan sendiri
untuk mengelakkan pembaziran masa ketika persediaan. - Peralatan muzik dan props dibawah tanggungjawab sendiri.
- Persembahan hendaklah berunsur neutral, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.
- Tema pakaian bebas dan bergantung kepada kreativiti masing-masing namun harus mengikut kod pakaian sopan dan bersesuaian.
- Masa persembahan tidak lebih 15 minit termasuk persediaan.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
Mekanisme:
- Tempoh persembahan: Tidak lebih 15 minit setiap kumpulan termasuk set up.
- Pertandingan adalah secara langsung (live).
- Urutan giliran dimulakan secara undian.
Tema dan Kandungan:
- Genre muzik bebas.
- Pilihan lagu adalah bebas.
- Persembahan mestilah secara langsung (live) – rakaman tidak dibenarkan.
- Tema bebas berunsur pendidikan, patriotik atau sosial.
- Persembahan boleh disampaikan dalam pelbagai dialek atau Bahasa Malaysia.
Kriteria Markah Penjurian:
- Kreativiti – 25%
- Vokal – 25%
- Persembahan Pentas – 20%
- Interaksi – 20%
- Pakaian – 10%
Pengadilan dan Pemenang:
3 orang juri profesional
Hadiah:
- Tempat pertama: RM700
- Tempat kedua: RM500
- Tempat ketiga: RM300
Lain-lain:
- Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula.
- Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur.
- Peserta perlu menjaga tatasusila dan berpakaian sopan.
- Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan peribadi adalah tanggungjawab peserta sendiri.
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kerugian semasa program.
- Pihak penganjur berhak untuk menggunakan rakaman/gambar persembahan untuk tujuan promosi.
- Sebarang perubahan berkaitan syarat atau atur cara tertakluk kepada pihak penganjur.