Bicara Berirama (10 sekolah)
Kategori: Sekolah Menengah
Tarikh:Â 25 Julai 2025
Masa: 8AM – 12PM
Lokasi: Studio MQT
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada 10 buah sekolah menengah sahaja.
- 1 sekolah 1 pasukan sahaja.
- Tarikh tutup penyertaan selewatnya pada 4 Julai 2025 (Jumaat), jam 11.59 malam.
- Setiap pasukan hanya maksima 15- 20 orang termasuk konduktor sahaja. Manakala 2 orang guru pembimbing atau jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.
- Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris.
- Semua pasukan hanya pelajar sekolah yang telah mendaftar.
- Penyertaan mesti disahkan oleh PGB/ Pentadbir Sekolah.
- Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik
- Harus mengikut kod pakaian sopan, bersih dan sesuai, pakaian seragam tidak semestinya uniform sekolah. Tiada sebarang logo dan nama sekolah. Penggunaan aksesori dan solekan ( yang bersesuaian dan tidak berlebihan) dibenarkan tetapi tiada sebarang peruntukan markah diberikan. Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.
- Skrip bicara berirama mestilah dilengkapi dengan tema & tajuk. Format penulisan skrip ditaip menggunakan fonts Times New Roman, bersaiz 14 dan jarak langkau 1.5 sahaja. Tiada sebarang logo dan nama sekolah. Skrip yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf kepada pihak penganjur mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Kertas skrip dilarang menunjukkan sebarang identiti sekolah.
- Sebarang alatan/ sokongan seperti lakonan, drama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan.
- Masa persembahan tidak lebih 10- 12 minit termasuk persediaan.
- Pergerakan masuk ke pentas tidak melibatkan sebarang bentuk persembahan. Hanya pergerakan setempat sahaja yang dibenarkan sepanjang persembahan.
- Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi satu minit sepanjang persembahan. Puisi tradisional tidak diklasifikasi sebagai nyanyian.
- Penalti akan dikenakan sekiranya melanggar perkara-perkara berikut (termasuk konduktor) :
- Hentakan kaki (1 markah)
- Pergerakan keterlaluan (1 markah)
- Pergerakan tidak sopan atau berunsur provokasi (1 markah)
- Pergerakan tidak memberi makna/ tidak sejajar dengan ujaran (1 markah)
- Nyanyian melebihi satu minit (tidak termasuk puisi tradisional (1 markah)
- Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. Borang penyertaan perlu dihantar kepada penganjur mengikut tarikh yang telah ditetapkan bersama- sama skrip bicara berirama tersebut.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
Mekanisme:
- Pertandingan adalah secara langsung (live)
- Setiap pasukan maksimum 12 minit persembahan.
- Urutan giliran dimulakan dengan sekolah pertama
- Tarikh tutup penyertaan selewatnya pada 4 Julai 2025 (Jumaat), jam 11.59 malam.
- Â Borang penyertaan perlu dihantar kepada penganjur mengikut tarikh yang telah ditetapkan bersama- sama skrip bicara berirama tersebut.
Tema dan Kandungan:
- Tema boleh ditetapkan oleh penganjur atau diberi secara bebas dengan syarat berunsur pendidikan, patriotik atau sosial
- Persembahan WAJIB disampaikan dalam Bahasa Malaysia
Kriteria Markah Penjurian: Persembahan 100%
- Tempo/ ritma/ kesan bunyi – 20%
- Sela masa yang tetap dalam kumpulan, jeda antara segmen dan sahut menyahut antara suara solo dan suara ramai.
- Ujaran – 20%
- Kejelasan, ketepan dan keseragamankata, frasa atau ungkapan menggunakan intonasi dan rima yang sesuai. Penggunaan sebutan bahasa baku dan gramatis serta bahasa percakapan (dialog) yang sesuai.
- Isi & Mesej – 20%
- Kreativiti – 10%
- Pergerakan dan formasi yang bersesuaian dengan skrip jalan cerita.
- Keseragaman persembahan – 20%
- Gerakan atau formasi badan yang sesuai dengan skrip.
- Penghayatan – 10%
- Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh yang sesuai. Watak solo dan suara ramai bersesuaian dengan penampilan dalam jalan cerita.
Pengadilan dan Pemenang:
3 orang juri profesional
Hadiah:
- Tempat pertama: RM500 + trofi + sijil + hamper
- Tempat kedua: RM300 + trofi + sijil + hamper
- Tempat ketiga: RM200 + trofi + sijil + hamper
- Tempat keempat: saguhati – sijil + hamper
- Tempat kelima: saguhati – sijil + hamper
Jumlah sekolah terlibat: (10) = 200Â peserta
Lain-lain:
- Perlu hadir 30 minit awal sebelum pertandingan bermula
- Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur