Harap maaf, penyertaan telah di tutup.
Glam Fesyen 3R (23 sekolah)
Kategori: Terbuka
Tarikh: 25 Julai 2025
Masa: 3PM – 6PM (Calltime 2PM)
Lokasi: Pentas Utama, Karangkraf
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada sekolah rendah, menengah
- Setiap pasukan perlu disertai oleh sekurang-kurangnya 2 orang dan maksimum 5 orang peserta sahaja.
- Tarikh akhir untuk menghantar penyertaan adalah pada 15 Julai 2025
- Setiap pasukan hanya maksima 5 orang sahaja
- Pembahagian Peranan 5 Ahli Kumpulan GLAM FESYEN 3R:
- Peragawati / Peragawan (1 orang):
- Memperagakan pakaian 3R di atas pentas dengan penuh gaya dan keyakinan.
- Menjadi tumpuan utama persembahan fesyen.
- Pencerita / Penerang Rekaan (1 orang):
- Menerangkan inspirasi dan bahan yang digunakan dalam rekaan pakaian tersebut.
- Menekankan elemen Reduce, Reuse, Recycle yang digunakan.
- Boleh disampaikan secara naratif, puisi atau monolog kreatif.
- Pereka Fesyen (3 orang):
- Bertanggungjawab mereka dan menghasilkan pakaian yang dipersembahkan.
- Muncul bersama di pentas sebagai simbol kolaborasi pasukan.
- Boleh juga menyertai secara koreografi ringan
(seperti membawa prop, menunjukkan sketsa, atau menyampaikan mood rekaan melalui gerak gaya).
- Bonus Idea Persembahan:Pencerita boleh mulakan dengan gaya dramatik:
“Daripada sisa kain batik lama nenek, kami olah menjadi busana yang penuh makna…” - Semua pasukan hanya pelajar sekolah yang didaftar
- Penyertaan mesti disahkan oleh guru
- Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik
- Harus mengikut kod pakaian sopan, bersih dan sesuai
- Keputusan hakim adalah muktamad.
Mekanisme:
- Pertandingan adalah secara langsung (live)
- Setiap pasukan maksimum 5 MINIT persembahan
- Urutan giliran dimulakan dengan undian
Tema dan Kandungan:
- Gaya Lestari, menekankan elemen Reduce, Reuse, Recycle (3R) dalam penghasilan fesyen
yang bukan sahaja bergaya malah mendidik masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. - Tema ini memberi ruang kepada peserta untuk menzahirkan kreativiti menggunakan bahan terpakai
mengurangkan pembaziran dan mengitar semula. Selari dengan nilai pendidikan dan sosial semasa. - Persembahan boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Kriteria Markah Penjurian:
- Pakaian – 30 markah
- Bakat – 20 markah
- Gaya – 20 markah
- Dinamik – 20 markah
- Etika & Disiplin – 10 markah
Pengadilan dan Pemenang:
3 orang juri profesional
Hadiah:
- Tempat pertama: RM3000 + trofi + sijil
- Tempat kedua: RM2000 + trofi + sijil
- Tempat ketiga: RM1000 + trofi + sijil
- Tempat saguhati: x 3 RM300 + sijil
Jumlah sekolah terlibat: (23) = 115 pelajar
Lain-lain:
- Perlu hadir 1 jam sebelum pertandingan bermula
- Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur