MAKLUMAT PENYERTAAN

Sila isi semua maklumat penyertaan dengan lengkap dan tepat.

PENGESAHAN PENYERTAAN

Dengan ini saya mengesahkan penyertaan pasukan sekolah kami ke dalam Pertandingan Kawad Kaki seperti maklumat di atas. Sila upload borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta cop.

Saiz maksimum fail yang dibenarkan ialah 1MB

KAWAD KAKI ASAS SEKOLAH MENENGAH

Tarikh: 25 Julai 2025

Masa: 8AM – 2PM

Lokasi: Dataran Karangkraf

Syarat Penyertaan:

  • Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua jenis sekolah menengah seluruh negara.
  • Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan.

Pendaftaran:

  • Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi
    35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.

Pakaian:

  • Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan badan beruniform yang diwakili.

Kategori:

  • Pasukan boleh terdiri daripada peserta lelaki sahaja atau perempuan sahaja.

Jenis Kawad:

  • Kawad kaki asas.
  • Keluasan litar pertandingan kawad ialah 24m x 36m.
  • Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit.

Lain-lain Peraturan:

  • Semua pasukan wajib hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula.
  • Sebarang rakaman atau dokumentasi oleh pihak luar perlu mendapat kebenaran rasmi daripada penganjur.
  • Peserta dan guru pengiring wajib mematuhi segala arahan urusetia sepanjang acara berlangsung.

Penghakiman:

Seramai 3 hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh pihak penganjur.
Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

  • Pakaian Ketua Platun 10%
  • Pakaian Pasukan 20%
  • Kawad statik dan dinamik 70%
  • Jumlah Keseluruhan 100%

Kriteria Markah Penjurian:

  • Kriteria pemarkahan adalah mengikut skema pemarkahan pertandingan kawad kaki
    asas pasukan badan beruniform (GO) sekolah-sekolah Malaysia.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Hadiah:

  • Tempat Pertama: RM500 + Trofi + Sijil + Hamper
  • Tempat Kedua: RM300 + Trofi + Sijil + Hamper
  • Tempat Ketiga: RM200 + Trofi + Sijil + Hamper
  • Tempat Keempat: Saguhati (Sijil + Hamper)
  • Tempat Kelima: Saguhati (Sijil + Hamper)