Harap maaf, penyertaan telah di tutup.

Tarian

Kategori: Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Tarikh: 26 Julai 2025

Masa: 2PM – 6PM

Lokasi: Pentas Utama, Karangkraf

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka sekolah rendah dan sekolah menengah (Kerajaan & Swasta)
  • 1 sekolah 1 pasukan sahaja.
  • Setiap pasukan terdiri daripada 10-12 orang murid dan 2 guru pengiring sahaja.
  • Pasukan adalah dalam kalangan murid sekolah yang berdaftar.
  • Penyertaan mesti disahkan oleh PGB/ Pentadbir sekolah.
  • Persembahan yang berunsur sensitiviti kaum, agama dan politik tidak dibenarkan.
  • Harus mengikut kod pakaian sopan, bersih dan sesuai
  • Masa persembahan tidak lebih 10 – 12 minit termasuk persediaan
  • Keputusan hakim adalah muktamad

Mekanisme:

Peringkat Saringan (Dalam talian)

  • Pemilihan berdasarkan saringan yang akan dinilai melalui video rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720 High Pixel dan maksima 1080 High Pixel secara rakaman pegun (kamera statik) dan landskap.
  • Guru juga WAJIB membuat video teaser kumpulan tarian yang perlu dimuat turun di aplikasi TikTok dan perlu meletakkan hashtag #karnivalsiangmalamkarangkraf #SinarBestari pada video teaser tersebut. Pautan teaser tiktok disertakan juga pada ruangan borang penyertaan. Pastikan akaun Tiktok diketetapanpublic.
  • Video penuh penuh pula perlu dimuat naik ke akaun youtube dengan ketetapan private dan hashtag #karnivalsiangmalamkarangkraf #SinarBestari. Tidak perlu letak nama sekolah atau kumpulan dalam video.

Peringkat Akhir (Bersemuka)

  • Pertandingan akhir adalah secara langsung bersemuka
  • Persediaan kumpulan 5 minit dan untuk persembahan masa diberikan 5 – 7 minit sahaja.
  • Hanya 5 finalis sekolah rendah dan 5 finalis sekolah menengah akan mara ke peringkat akhir.
  • Urutan giliran dimulakan dengan Sekolah Rendah

Garis Masa

  • Pendaftaran penyertaan –16 Jun 2025 hingga – 4 Julai 2025
  • Saringan (dalam talian) – 5 Julai – 9 Julai 2025
  • Pengumuman finalis –11 Julai 2025
  • Pertandingan akhir – 26 Julai 2025

Tema dan Format Pertandingan:

  • Tema :Tradisional Kreatif

Kriteria Markah Penjurian:

  • Teknik Tari & Kreativiti – 35%
  • Koreografi & Pola Lantai – 25%
  • Koordinasi muzik & gerakan – 20%
  • Keseragaman & Keserasian – 10%
  • Busana & Tatarias – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri professional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM500 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat kedua: RM300 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat ketiga: RM200 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat keempat saguhati: sijil + hamper
  • Tempat kelima saguhati: sijil + hamper

Jumlah sekolah terlibat:10

Lain-lain:

  • Perlu hadir 1 Jam  sebelum pertandingan bermula
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur