MAKLUMAT PENYERTAAN

Sila isi semua maklumat penyertaan dengan lengkap dan tepat.

PENGESAHAN PENYERTAAN

Dengan ini saya mengesahkan penyertaan pasukan sekolah kami ke dalam Pertandingan Koir seperti maklumat di atas. Sila upload borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta cop.

Saiz maksimum fail yang dibenarkan ialah 1MB

Koir (10 sekolah)

Kategori: Sekolah Menengah

Tarikh: 25 Julai 2025

Masa: 8AM -11AM

Lokasi: Pentas Utama Karangkraf

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka pelajarsekolah menengah
  • 1 sekolah 1 pasukan sahaja
  • Setiap pasukan hanya maksima20 – 40 orang sahaja
  • Semua pasukan hanya pelajar sekolah yang didaftar
  • Penyertaan mesti disahkan olehpengetua/guru
  • Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik
  • Harus mengikut kod pakaian sopan, bersih dan sesuai
  • Masa persembahan tidak lebih 15 minit termasuk persediaan
  • Keputusan hakim adalah muktamad

Mekanisme:

  • Pertandingan adalah secara langsung (live)
  • Setiap pasukan maksimum 15 minit persembahan
  • Urutan giliran dimulakan dengan undian
  • Koir boleh termasuk koir campuran (lelaki dan perempuan) atau koir lelaki dan koir perempuan sahaja
  • Setiap kumpulan boleh mempersembahkan 2 buah lagu atau 1 lagu + 1 medley
    (Lagu wajib: Bahasa Melayu dan  lagu pilihan: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)
  • Lagu hendaklah yang tidak diharamkan di negara ini
  • Hanya penggunaan 1 alat muzik sahaja dibenarkan termasuk piano/ keyboard
    (tanpa auto-accompaniment)
    atau nyanyian acapella digalakkan.
  • Alat muzik hendaklah dimainkan secara live.

Tema dan Kandungan:

  • Tema: Memartabatkan Bahasa Melayu
  • Persembahan boleh disampaikan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia

Kriteria Markah Penjurian:

  • Harmoni – 25%
  • Dinamik – 25%
  • Intonasi & Sebutan – 20%
  • Imbangan – 20%
  • Attack/ Release – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri profesional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM500 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat kedua: RM300 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat ketiga: RM200 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat keempat: saguhati – sijil + hamper
  • Tempat kelima: saguhati – sijil + hamper
  • Anugerah Konduktor Terbaik: sijil dan hamper

Jumlah sekolah terlibat: 10 sekolah (400 pelajar)

Lain-lain:

  • Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur