Harap maaf, penyertaan telah di tutup.

Hari Kantin (10 penyertaan)

Kategori: Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Tarikh: 25-26 Julai 2025

Masa: 8AM – 6PM

Lokasi: Dataran Karangkraf

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua sekolah (Rendah & Menengah).
  • Setiap sekolah boleh membuat jualan pada hari yang dipilih.
  • Jenis jualan adalah bebas seperti makanan, minuman, cenderahati dan lain-lain.
  • Penyertaan ini adalah PERCUMA kepada 10 sekolah terawal.
  • Sekolah yang sudah mengesahkan penyertaan tidak dibenarkan menarik diri. Jika berbuat demikian, akan dikenakan penalti RM500.00.
  • Peserta/sekolah wajib mengikut tema yang ditetapkan. Tema akan ditentukan dalam grup WhatsApp.
  • Setiap gerai tidak boleh melanggar sempadan gerai lain. Oleh itu, disarankan susun atur gerai anda dengan sebaik yang mungkin.
  • Penganjur hanya menyediakan khemah bersaiz 10X10, kipas, lampu, meja, 2 kerusi dan plug point.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Julai 2025 (Jumaat). Bergantung kepada kekosongan kerana slot terhad.
  • Sebagai jaminan, penganjur iaitu Sinar Bestari, Akademi Pendidikan Sinar Bestari dan kesemua kumpulan di bawah Sinar Karangkraf Sdn Bhd boleh merakam dan menyiarkan foto/video peserta membabitkan guru, pelajar dan pengunjung.
  • Makluman lanjut boleh layari sinarbestari.sinarharian.com.my atau imbas kod QR..
  • Sijil Penyertaan dan Penghargaan di peringkat negeri Selangor (PAJSK).

Mekanisme:

  • Sekolah/peserta perlu mendaftar melalui Google Form yang telah disediakan.
  • Terbuka kepada pelajar dan guru ataupun menerusi kelab, persatuan, badan beruniform, PIBG sekolah.
  • Proses pemunggahan dan persiapan gerai boleh dilakukan sehari sebelum karnival (24 Julai 2025/Khamis) jam 5.00 petang.
  • Setiap gerai/peserta dibenarkan memasarkan jualan mengikut kreativiti masing-masing.
  • Semua gerai berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan hamper bagi kategori Gerai Kreatif, Gerai Meriah dan Gerai Paling Untung.
  • Penyampaian hadiah utama akan diadakan pada hari Sabtu (26 Julai 2025) jam 5.00 petang bertempat di PENTAS UTAMA.

Hadiah:

  • Gerai Paling Kreatif: RM500 + sijil + hamper
  • Gerai Paling Meriah: RM500 + sijil + hamper
  • Gerai Paling Untung: RM500 + sijil + hamper

Jumlah sekolah terlibat: 10