MAKLUMAT PENYERTAAN

Sila isi semua maklumat penyertaan dengan lengkap dan tepat.

PENGESAHAN PENYERTAAN

Dengan ini saya mengesahkan penyertaan pasukan sekolah kami ke dalam Pertandingan Inovasi 3R seperti maklumat di atas. Sila upload borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta cop.

Saiz maksimum fail yang dibenarkan ialah 1MB

Inovasi 3R (10 sekolah)

Kategori: Sekolah Rendah

Tarikh: 25 Julai 2025

Masa: 8AM – 12PM

Lokasi: Bilik AK Learning 1

Syarat Penyertaan:

  • Peserta berumur 10 hingga 12 tahun Sahaja
  • Inovasi 3R terbuka sekolah rendah sahaja
  • 1 sekolah 1 pasukan sahaja
  • Setiap pasukan 1 hingga 3 orang sahaja
  • Semua pasukan hanya pelajar sekolah yang didaftar
  • Penyertaan mesti disahkan oleh Guru Besar/Pengetua
  • Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik
  • Masa persembahan tidak lebih 10 minit termasuk persediaan
  • Keputusan hakim adalah muktamad

Mekanisme:

  • Pertandingan adalah secara langsung (live)
  • Setiap pasukan maksimum 5 ke 10 minit persembahan termasuk persediaan
  • Urutan giliran dimulakan secara undian
  • Peserta diperlukan untuk mencipta inovasi mereka menggunakan barang yang boleh dikitar semula
  • Pelajar diperlukan untuk menyiapkan inovasi mereka sebanyak 80% sebelum program
    berlangsung dan menyiapkan baki 20% semasa hari program berlangsung

Tema dan Lirik:

  • Inovasi 3R menekankan elemen Reduce, Reuse, Recycle (3R) dalam penghasilan inovasi
    produk yang bukan sahaja praktikal dan kreatif, malah mendidik masyarakat tentang
    kepentingan kelestarian alam sekitar.
  • Tema ini memberi ruang kepada peserta untuk menzahirkan inovasi menggunakan bahan terpakai, seterusnya mengurangkan pembaziran dan menggalakkan amalan kitar semula.Ia selari dengan nilai pendidikan dan sosial semasa, ke arah membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap isu alam sekitar.

Kriteria Markah Penjurian:

  • Keaslian & Kreativiti – 25%
  • Penguasaan Inovasi – 25%
  • Kegunaan – 20%
  • Gaya persembahan – 20%
  • Penerangan – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri professional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM1000 + Sijil + Trofi
  • Tempat kedua: RM800 + Sijil + Trofi
  • Tempat ketiga: RM500 + Sijil + Trofi
  • Saguhati: RM300 + Sijil

Jumlah sekolah terlibat: (10) = 30 peserta

Lain-lain:

  • Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur