MAKLUMAT PENYERTAAN

Sila isi semua maklumat penyertaan dengan lengkap dan tepat.

Muat naik video penuh ke YouTube (Private). Guna hashtag #karnivalsiangmalamkarangkraf #SinarBestari. Jangan letak nama sekolah.

Muat naik teaser ke TikTok (akaun Public) dengan hashtag #karnivalsiangmalamkarangkraf #SinarBestari.

PENGESAHAN PENYERTAAN

Dengan ini saya mengesahkan penyertaan kumpulan kami ke dalam Pertandingan Busking Jiwa Muda seperti maklumat di atas.

Saiz maksimum fail yang dibenarkan ialah 1MB

Busking Jiwa Muda

Kategori: Sekolah Menengah

Tarikh: 27 Julai 2025

Masa: 9PM – 11PM

Lokasi: Pentas Utama

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, tiada had umur.
  • Individu atau kumpulan (maksimum 5 orang setiap kumpulan).
  • Terhad kepada 6 kumpulan sahaja untuk persembahan final. 
  • Muatnaik video persembahan di media sosial, dan sertakan link video di dalam borang penyertaan.
  • Penilaian awal dan saringan berdasarkan video akan dibuat untuk penentuan kumpulan yang akan ke persembahan final.
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada ahad 13 Julai 2025.
  • Peserta dikehendaki membawa peralatan sendiri.
  • Sistem bunyi asas akan disediakan oleh pihak penganjur.
  • Drum elektrik dan keyboard disediakan oleh pihak penganjur, dan peserta tidak dibenarkan menggunakan alatan sendiri
    untuk mengelakkan pembaziran masa ketika persediaan.
  • Peralatan muzik dan props dibawah tanggungjawab sendiri.
  • Persembahan hendaklah berunsur neutral, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.
  • Tema pakaian bebas dan bergantung kepada kreativiti masing-masing namun harus mengikut kod pakaian sopan dan bersesuaian.
  • Masa persembahan tidak lebih 15 minit termasuk persediaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Mekanisme:

  • Tempoh persembahan: Tidak lebih 15 minit setiap kumpulan termasuk set up.
  • Pertandingan adalah secara langsung (live).
  • Urutan giliran dimulakan secara undian.

Tema dan Kandungan:

  • Genre muzik bebas.
  • Pilihan lagu adalah bebas.
  • Persembahan mestilah secara langsung (live) – rakaman tidak dibenarkan.
  • Tema bebas berunsur pendidikan, patriotik atau sosial.
  • Persembahan boleh disampaikan dalam pelbagai dialek atau Bahasa Malaysia.

Kriteria Markah Penjurian:

  • Kreativiti – 25%
  • Vokal – 25%
  • Persembahan Pentas – 20%
  • Interaksi – 20%
  • Pakaian – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri profesional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM700
  • Tempat kedua: RM500
  • Tempat ketiga: RM300

Lain-lain:

  • Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula.
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur.
  • Peserta perlu menjaga tatasusila dan berpakaian sopan.
  • Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan peribadi adalah tanggungjawab peserta sendiri.
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan atau kerugian semasa program.
  • Pihak penganjur berhak untuk menggunakan rakaman/gambar persembahan untuk tujuan promosi.
  • Sebarang perubahan berkaitan syarat atau atur cara tertakluk kepada pihak penganjur.

Leave a reply

Extra Info