Harap maaf, penyertaan telah di tutup.

Dikir Barat (10 sekolah)

Kategori: Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Tarikh: 26 Julai 2025

Masa: 8AM – 12PM

Lokasi: Pentas Utama

Syarat Penyertaan:

  • Dikir Barat terbuka kepada sekolah rendah dan  sekolah menengah 
  • Berkonsepkan Dikir Barat Kontemporari, mengikut kreativiti kumpulan masing-masing
  • 1 sekolah 1 kumpulan sahaja
  • Setiap pasukan 20-25 orang sahaja termasuk Tok Juara, Tukang Karut, Awak-awak dan pemuzik
  • Setiap kumpulan WAJIB diiringi 2 orang guru.
  • Semua kumpulan terdiri daripada murid sekolah yang didaftar sama ada sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dan sekolah swasta dari negeri Selangor
  • Penyertaan mesti disahkan oleh Guru Besar/Pengetua
  • Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama, politik dan tidak mengandungi unsur lucah
  • Peralatan muzik adalah bebas tetapi perlu bersesuaian dengan Dikir Barat
  • Peralatan muzik dan props dibawah tanggungjawab sendiri
  • Susunan Awak-awak perlu dalam bentuk barisan
  • Tema pakaian bebas dan bergantung kepada kreativiti masing-masing namun harus mengikut kod pakaian sopan dan bersesuaian

Mekanisme:

  • Pertandingan adalah secara langsung (live)
  • Setiap pasukan maksimum 15 minit persembahan termasuk persediaan
  • Urutan giliran dimulakan secara undian

Tema dan Lirik:

  • Tema bebas berunsur pendidikan, patriotik atau sosial
  • WAJIB memasukkan perkataan SIANG dan MALAM dalam lirik 
  • Persembahan boleh disampaikan dalam pelbagai dialek atau Bahasa Melayu Baku
  • Setiap kumpulan WAJIB menghantar lirik lagu kepada penganjur

Kriteria Markah Penjurian:

  • Keaslian & Kreativiti – 15%
  • Isi & Mesej Lagu – 20%
  • Gaya persembahan – 10%
  • Tok Juara – 15%
  • Tukang Karut – 15%
  • Awak-awak – 15%
  • Etika & Disiplin – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri professional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM500 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat kedua: RM300 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat ketiga: RM200 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat keempat (saguhati): sijil + hamper
  • Tempat kelima (saguhati): sijil + hamper

Jumlah sekolah terlibat: (10) = 200 peserta

Lain-lain:

  • Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula
  • Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan pertandingan
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur
  • Keputusan hakim adalah muktamad