MAKLUMAT PENYERTAAN

Sila isi semua maklumat penyertaan dengan lengkap dan tepat.

PENGESAHAN PENYERTAAN

Dengan ini saya mengesahkan penyertaan pasukan sekolah kami ke dalam Pertandingan Glam Fesyen 3R seperti maklumat di atas. Sila upload borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta cop.

Saiz maksimum fail yang dibenarkan ialah 1MB

Glam Fesyen 3R (20 sekolah)

Kategori: Sekolah Menengah

Tarikh: 25 Julai 2025

Masa: 3PM – 6PM

Lokasi: Pentas Utama, Karangkraf

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka sekolah menengah sahaja
  • 1 sekolah 1 pasukan sahaja
  • Setiap pasukan hanya maksima 5 orang sahaja
  • Tarikh akhir untuk menghantar penyertaan adalah pada 15 Julai 2025
  • Pembahagian Peranan 5 Ahli Kumpulan GLAM FESYEN 3R:
  • Peragawati / Peragawan (1 orang):
    1. Memperagakan pakaian 3R di atas pentas dengan penuh gaya dan keyakinan.
    2. Menjadi tumpuan utama persembahan fesyen.
  • Pencerita / Penerang Rekaan (1 orang):
    1. Menerangkan inspirasi dan bahan yang digunakan dalam rekaan pakaian tersebut.
    2. Menekankan elemenReduce, Reuse, Recycle yang digunakan.
    3. Boleh disampaikan secara naratif, puisi atau monolog kreatif.
  • Pereka Fesyen (3 orang):
    1. Bertanggungjawab mereka dan menghasilkan pakaian yang dipersembahkan.
    2. Muncul bersama di pentas sebagai simbol kolaborasi pasukan.
    3. Boleh juga menyertai secara koreografi ringan
      (seperti membawa prop, menunjukkan sketsa, atau menyampaikan mood rekaan melalui gerak gaya).
  • Bonus Idea Persembahan:Pencerita boleh mulakan dengan gaya dramatik:
    “Daripada sisa kain batik lama nenek, kami olah menjadi busana yang penuh makna…”
  • Semua pasukan hanya pelajar sekolah yang didaftar
  • Penyertaan mesti disahkan oleh guru
  • Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik
  • Harus mengikut kod pakaian sopan, bersih dan sesuai
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Mekanisme:

  • Pertandingan adalah secara langsung (live)
  • Setiap pasukan maksimum 5 MINIT persembahan
  • Urutan giliran dimulakan dengan undian

Tema dan Kandungan:

  • Gaya Lestari, menekankan elemen Reduce, Reuse, Recycle (3R) dalam penghasilan fesyen
    yang bukan sahaja bergaya malah mendidik masyarakat tentang kepentingan kelestarian alam sekitar.
  • Tema ini memberi ruang kepada peserta untuk menzahirkan kreativiti menggunakan bahan terpakai
    mengurangkan pembaziran dan mengitar semula. Selari dengan nilai pendidikan dan sosial semasa.
  • Persembahan boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kriteria Markah Penjurian:

  • Bakat – 20%
  • Gaya – 25%
  • Pakaian – 25%
  • Dinamik – 20%
  • Etika & Disiplin – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri profesional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM3000 + trofi + sijil
  • Tempat kedua: RM2000 + trofi + sijil
  • Tempat ketiga: RM1000 + trofi + sijil
  • Tempat saguhati: x 3 RM300 + sijil

Jumlah sekolah terlibat: (20) = 100 pelajar

Lain-lain:

  • Perlu hadir 1 jam sebelum pertandingan bermula
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur