Harap maaf, penyertaan telah di tutup.

KAWAD KAKI ASAS SEKOLAH MENENGAH

Tarikh: 25 Julai 2025

Masa: 8AM – 2PM

Lokasi: Dataran Karangkraf

Syarat Penyertaan:

  • Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua jenis sekolah menengah seluruh negara.
  • Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan.

Pendaftaran:

  • Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi
    35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.

Pakaian:

  • Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan badan beruniform yang diwakili.

Kategori:

  • Pasukan boleh terdiri daripada peserta lelaki sahaja atau perempuan sahaja.

Jenis Kawad:

  • Kawad kaki asas.
  • Keluasan litar pertandingan kawad ialah 24m x 36m.
  • Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit.

Lain-lain Peraturan:

  • Semua pasukan wajib hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula.
  • Sebarang rakaman atau dokumentasi oleh pihak luar perlu mendapat kebenaran rasmi daripada penganjur.
  • Peserta dan guru pengiring wajib mematuhi segala arahan urusetia sepanjang acara berlangsung.

Penghakiman:

Seramai 3 hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh pihak penganjur.
Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :

  • Pakaian Ketua Platun 10%
  • Pakaian Pasukan 20%
  • Kawad statik dan dinamik 70%
  • Jumlah Keseluruhan 100%

Kriteria Markah Penjurian:

  • Kriteria pemarkahan adalah mengikut skema pemarkahan pertandingan kawad kaki
    asas pasukan badan beruniform (GO) sekolah-sekolah Malaysia.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Hadiah:

  • Tempat Pertama: RM500 + Trofi + Sijil + Hamper
  • Tempat Kedua: RM300 + Trofi + Sijil + Hamper
  • Tempat Ketiga: RM200 + Trofi + Sijil + Hamper
  • Tempat Keempat: Saguhati (Sijil + Hamper)
  • Tempat Kelima: Saguhati (Sijil + Hamper)