KAWAD KAKI ASAS SEKOLAH MENENGAH
Tarikh: 25 Julai 2025
Masa:Â 8AM – 2PM
Lokasi: Dataran Karangkraf
Syarat Penyertaan:
- Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua jenis sekolah menengah seluruh negara.
- Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan.
Pendaftaran:
- Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi
35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.
Pakaian:
- Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan badan beruniform yang diwakili.
Kategori:
- Pasukan boleh terdiri daripada peserta lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
Jenis Kawad:
- Kawad kaki asas.
- Keluasan litar pertandingan kawad ialah 24m x 36m.
- Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit.
Lain-lain Peraturan:
- Semua pasukan wajib hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula.
- Sebarang rakaman atau dokumentasi oleh pihak luar perlu mendapat kebenaran rasmi daripada penganjur.
- Peserta dan guru pengiring wajib mematuhi segala arahan urusetia sepanjang acara berlangsung.
Penghakiman:
Seramai 3 hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh pihak penganjur.
Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :
- Pakaian Ketua Platun 10%
- Pakaian Pasukan 20%
- Kawad statik dan dinamik 70%
- Jumlah Keseluruhan 100%
Kriteria Markah Penjurian:
- Kriteria pemarkahan adalah mengikut skema pemarkahan pertandingan kawad kaki
asas pasukan badan beruniform (GO) sekolah-sekolah Malaysia. - Keputusan hakim adalah muktamad.
Hadiah:
- Tempat Pertama: RM500 + Trofi + Sijil + Hamper
- Tempat Kedua: RM300 + Trofi + Sijil + Hamper
- Tempat Ketiga: RM200 + Trofi + Sijil + Hamper
- Tempat Keempat: Saguhati (Sijil + Hamper)
- Tempat Kelima: Saguhati (Sijil + Hamper)