Harap maaf, penyertaan telah di tutup.

Koir (10 sekolah)

Kategori: Sekolah Menengah

Tarikh: 25 Julai 2025

Masa: 8AM -11AM

Lokasi: Pentas Utama Karangkraf

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka pelajar sekolah menengah
  • 1 sekolah 1 pasukan sahaja
  • Setiap pasukan hanya maksima 20 – 40 orang sahaja
  • Semua pasukan hanya pelajar sekolah yang didaftar
  • Penyertaan mesti disahkan oleh pengetua/guru
  • Persembahan hendaklah berunsur mendidik, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik
  • Harus mengikut kod pakaian sopan, bersih dan sesuai
  • Masa persembahan tidak lebih 15 minit termasuk persediaan
  • Keputusan hakim adalah muktamad

Mekanisme:

  • Pertandingan adalah secara langsung (live)
  • Setiap pasukan maksimum 15 minit persembahan
  • Urutan giliran dimulakan dengan undian
  • Koir boleh termasuk koir campuran (lelaki dan perempuan) atau koir lelaki dan koir perempuan sahaja
  • Setiap kumpulan boleh mempersembahkan 2 buah lagu atau 1 lagu + 1 medley
    (Lagu wajib: Bahasa Melayu dan  lagu pilihan: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)
  • Lagu hendaklah yang tidak diharamkan di negara ini
  • Hanya penggunaan 1 alat muzik sahaja dibenarkan termasuk piano/ keyboard
    (tanpa auto-accompaniment)
    atau nyanyian acapella digalakkan.
  • Alat muzik hendaklah dimainkan secara live.

Tema dan Kandungan:

  • Tema: Memartabatkan Bahasa Melayu
  • Persembahan boleh disampaikan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia

Kriteria Markah Penjurian:

  • Harmoni – 25%
  • Dinamik – 25%
  • Intonasi & Sebutan – 20%
  • Imbangan – 20%
  • Attack/ Release – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri profesional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM500 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat kedua: RM300 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat ketiga: RM200 + trofi + sijil + hamper
  • Tempat keempat: saguhati – sijil + hamper
  • Tempat kelima: saguhati – sijil + hamper
  • Anugerah Konduktor Terbaik: sijil dan hamper

Jumlah sekolah terlibat: 10 sekolah (400 pelajar)

Lain-lain:

  • Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur