Harap maaf, penyertaan telah di tutup.

MEWARNA (50 peserta)

Kategori: Sekolah Rendah A (7-9 tahun), Sekolah Rendah B (10-12 tahun)

Tarikh: 25 Julai 2025

Masa: 8AM – 12PM

Lokasi: QTT 1 & 2

Syarat Penyertaan:

  •  Pertandingan Mewarna terbuka sekolah rendah ini terdiri kepada 2 kategori iaitu: 
    1. Kategori A (7-9 tahun) – 25 peserta
    2. Kategori B (10-12 tahun) – 25 peserta
  •  Semua peserta mesti terdiri daripada murid sekolah yang berdaftar sama ada bantuan penuh kerajaan/swasta
  • Penyertaan mesti disahkan oleh Guru Besar/Pengetua
  • Peralatan mewarna WAJIB disediakan oleh peserta sendiri
  • Media yang digunakan hanya media kering sahaja seperti krayon, oil pastel dan pensil warna
  • Kertas lukisan saiz A3 disediakan oleh pihak penganjur
  • Peserta mesti memakai t-shirt sekolah dan berseluar sukan
  • Masa pertandingan adalah 4 jam
  • Keputusan hakim adalah muktamad.

Mekanisme:

  • Pertandingan adalah secara langsung (live)
  •  Setiap peserta diberikan SEHELAI kertas mewarna sahaja

Tema dan Kandungan:

  • Tema berkaitan penaja (RISDA)

Kriteria Markah Penjurian:

  • Keaslian & Kreativiti – 25%
  • Kekemasan Warna – 25%
  • Isi & Mesej- 20%
  • Gaya mewarna – 20%
  • Keunikan – 10%

Pengadilan dan Pemenang:

3 orang juri profesional

Hadiah:

  • Tempat pertama: RM300 + sijil
  • Tempat kedua: RM200 + sijil
  • Tempat ketiga: RM100 + sijil
  • 6x Saguhati RM50 + sijil

Jumlah sekolah terlibat: 50 (50 peserta)

Lain-lain:

  • Perlu hadir 30 minit sebelum pertandingan bermula
  • Sebarang bentuk rakaman oleh pihak luar perlu mendapatkan kebenaran penganjur